Berkali-kali melakukan aksi ciuman di depan kamera membuat pasangan suami isteri yang baru saja menikah banyak menuai protes. Terakhir pasangan ini berciuman mesra di acara DAHSYAT, Khamis kelmarin, ketika KD berulang tahun ke 36 tahun. Di situ Raul memberikan kejutan kepada isterinya yang dilanjutkan dengan ciuman bibir sebanyak tiga kali.
Kerana hal tersebut, mereka menyedari bahawa aksi itu tidak boleh dibenarkan meski mereka sudah rasmi sebagai suami isteri. Semalam, di DAHSYAT, mereka meminta maaf kepada masyarakat.
Sebelum ini KD dan Raul berciuman ketika mengadakan sidang akhbar di kawasan Radio Dalam, Jakarta Selatan pada 21 Julai 2010 sebelum mereka rasmi menjadi suami isteri.
Setelah itu mereka juga berciuman bibir selepas mereka mengucap ikrar pernikahan di Masjid Sahid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya, Ahad 20 Mac 2011.


0 comments:
Post a Comment