it's about anything. too many to mention...

Monday, March 7, 2011

'penghujung cintaku', emas kahwin pasha untuk adelia


Pasha Ungu adalah seorang frontman band yang tak perlu disangsikan lagi kualitinya. Dengan bandnya, Ungu, Pasha boleh menarik perhatian ratusan ribu, atau bahkan jutaan penikmat muzik untuk mendengar suaranya dan menikmati ketampanannya. Kualiti Pasha juga makin terbukti saat dirinya berduet dengan pemuzik lain seperti Andien dan Rossa baru baru ini. Meski bukan duet istimewa, Pasha mampu memberikan aura tersendiri dalam bernyanyi duet. Kini beliau melakukannya dengan Adelia, calon isterinya sendiri.

Lagu Penghujung Cintaku ini memang dibuat sebagai persembahan special Pasha dan Adelia untuk menyambut moment bahagia (pernikahan) mereka nanti. Lagu yang khusus dibuat oleh Pasha untuk Adelia saat beliau berjalan-jalan di kota Roma. Sejatinya beliau ingin menyanyikannya sebagai kejutan untuk kekasihnya tepat pada hari pernikahan. Namun, kerana ingin menambah 'rasa' dalam lagunya, beliau mengajak serta kekasihnya untuk bernyanyi dalam lagu ini.

Hasilnya lagu yang telah disiapkan dengan serius dan mantap ini sukses mereka garap berdua. Bahkan mereka bakal memberikannya sebagai souvenir untuk pernikahan mereka nanti. Dengan memberi lagu duet mereka, Pasha dan Adelia berharap lagu ini menjadi kenang-kenangan yang indah untuk mereka dan semua keluarga yang menghadiri moment indah tersebut.

Dengan dibantu oleh Anto Hoed sebagai arranger dan Ivan Nat sebagai vocal director, Pasha dan Adel sebulan penuh menggarap lagu dan juga video klipnya. Pasha menganggap lagu ini sebagai mas kahwin darinya untuk Adelia.

Dan duet Pasha dan Adelia ini juga disambut hangat oleh penikmat muzik Indonesia. Terbukti sehari setelah material lagu mereka dikirim ke radio-radio, dicatat 5, 000 viewers telah mengunduhnya dari satu account di 4shared.com walau lagu tersebut belum diputar di radio-radio tersebut. Public memang dibuat tertanya2 dengan duet mereka ini.


0 comments: