Setelah menunggu cukup lama setelah perilisan single Born This Way pada 11 Februari lalu, akhirnya Little Monster boleh menikmati lagu fenomena ini secara audio visual. Ini kerana, video klip untuk lagu ini telah rasmi dirilis!
Dengan Nick Knight sebagai pengarah, video klip yang sudah dijanjikan ini ditata epik sehingga berdurasi 7 minit. Dalam video ini, sentuhan budaya pop sangat terasa, yang menjadi garis bawah dalam konsep video klip ini.
Beberapa adegan menampilkan banyak ikon budaya pop, termasuk unicorn, mendiang pereka Alexander McQueen, Michael Jackson, Rick Genest alias Zombie Boy, dan gigi renggang khas Madonna.
Born This Way adalah single pertama dari album bertajuk sama milik Gaga. Gaga juga telah menyatakan bahawa sebahagian dari keuntungan penjualannya akan diamalkan pada organisasi sosial yang bergerak untuk membela hak kanak-kanak yang sering 'dikerjakan' di sekolah.

0 comments:
Post a Comment