Aktor senior Anwar Fuadi datang menemui Arumi Bachsin dengan didampingi Teguh Soedarsono, selaku Penanggung Jawab Bidang Hukum Diseminasi dan Humas LPSK. Lelaki yang kerap berlakon antagonis itu pun sempat menitikkan air mata saat mendapatkan cerita langsung dari Arumi Bachsin.
Keluarga Arumi Bachsin mengirimkan aktor Anwar Fuadi untuk memujuk Arumi yang kini berada di bawah perlindungan Lembaga Perlindungan Saksi dan Korban (LPSK) untuk mahu pulang dan bertemu orang tuanya. Tepatnya, 21 April lalu Anwar bertemu langsung dengan artis yang baru menginjak remaja itu.
Namun giliran Anwar sudah mengetahui masalah yang sebenarnya langsung dari Arumi, dia justru seolah menarik diri dan tidak mahu ikut-ikut ke dalam masalah tersebut. Dia seharusnya, sebagaimana ditunjukkan oleh AM Fatwa dan Kak Seto (Seto Mulyadi) dapat menyampaikan yang sesungguhnya terjadi, dari yang sudah disampaikan oleh Arumi kepadanya.
Secara logik, Anwar yang merupakan utusan keluarga Arumi tidak berani menyampaikan yang sebenarnya pada media.
Menurut Teguh, apa yang disampaikan Arumi sebenarnya masih sama dengan yang pernah disampaikan oleh mediator sebelum ini, iaitu Ketua DPD AM Fatwa, yang datang bersama Seto Mulyadi.
Menurut Teguh, apa yang disampaikan Arumi sebenarnya masih sama dengan yang pernah disampaikan oleh mediator sebelum ini, iaitu Ketua DPD AM Fatwa, yang datang bersama Seto Mulyadi.


0 comments:
Post a Comment