it's about anything. too many to mention...

Monday, April 11, 2011

bekas drummer gigi jadi pengarah muzik narwastu


Siapa tak kenal Budi Haryono. Seorang drummer senior yang telah malang melintang di dunia muzik Indonesia. Budi Haryono adalah pemuzik Indonesia yang pernah menjadi drummer Gigi. Sebelum ini, beliau pernah bergabung beberapa band besar seperti Jamrock (1981-1985), Krakatau (1985-1987), dan Karimata (1987-1989). Dan saat ini dirinya bergabung di Tiket Band.

Tentunya tak mudah untuk mendapuk seorang Budi Haryono guna menjadi pengarah muzik bagi band pendatang baru seperti band asal Surabaya, Narwastu. Muzikaliti band yang dianggotai oleh Donee (vokal), Andre (bass), Wawan (gitar), dan Chandra (keyboard) ini telah menarik bekas drummer Gigi yang pernah terpilih sebagai The Best Drummer di acara LMC (Light Music Contest) pada tahun 1985 tersebut.

Narwastu yang bererti wangian yang menenangkan dan disukai raja2 ini pun merasa sangat terhormat ketika 'diemong' oleh Budi Haryono untuk menghasilkan karya muzik yang lebih bagus ke depannya.

Mengandalkan single Kenanglah Aku Sebelum Engkau Tidur atau K.A.S.E.T, band yang terbentuk pada 6 Julai 2008 ini mengaku sangatlah optimis untuk boleh ikut mewarnai industri muzik di Indonesia.

Hal itu pun disokong oleh Music Directornya, Budi Haryono.

0 comments: