it's about anything. too many to mention...

Thursday, June 23, 2011

13 lagu slank diremix dj


Sukses dengan 17 album studio baik yang berbahasa Indonesia mahupun Inggeris tidak membuat Slank puas berkarya di industri muzik Indonesia. Kali ini, menambah satu lagi koleksi mereka, karya Kaka dan rakan2 dirangkum dalam album bertajuk SLANK PARTY - NONSTOP DISCO DEEJAY REMIX yang berisi 13 lagu yang remix oleh 9 Disc Jockey yang digabung dalam Independence 3 yakni DJ Lotuz Dizco Mafia, DJ Imam Hood, DJ Rudhy'z DJ R, DJ August, DJ Abow Djail, DJ A Soon, DJ Telly Avaro, DJ Angga, dan DJ D Jackerss.

Ditemui peluncuran album di Pitstop Hotel Saripan Pasific, Jakarta Pusat, semalam, Amir selaku produser menjelaskan bahawa idea pembikinan album Slank versi house muzik ini berawal dari pengalamannya yang sering ke dunia malam 3 tahun lalu.

Sementara itu, soal promosi album sendiri pihaknya tidak ada masalah yang bererti. Apalagi Slank memang berkeinginan untuk memiliki album seperti ini.

Dalam album ini, ke-13 lagu Slank yang terpilih adalah Virus, Orkes Sakit Hati, Bang Bang Tut, Jurus Tandur, Pulau Biru, Balikin, Seperti Koruptor, HAM Burger, Terlalu Manis, Kalau Aku Jadi Presiden, Ku Tak Bisa, Slank Dance, dan Kamu Harus Pulang. Pemilihan ini pun tidak dilakukan sendiri oleh produser mahupun Slank, melainkan secara bersama-sama.

0 comments: