it's about anything. too many to mention...

Monday, June 20, 2011

afgan syah reza berikan penjelasan


Afgan Syah Reza akhirnya mengeluarkan penjelasan atas laporan Wanna B berkaitan kes penipuan kontrak. Hal ini diungkapkan dalam sidang media yang diadakan di Polo Club, Menara Batavia, Jakarta Pusat, Jumaat petang, oleh kumpulan peguamnya Nizammudin S.H., M.H dan Teuku Syahrul Ansari S.H., M.H

Lebih lanjut Nizammudin menambahkan bahawa ketika dua buah album sudah dilaksanakan dengan baik sama Afgan, tanpa pemberitahuan, sampai 25 November 2010 tidak ada penjelasan soal hak pilihan tersebut. Sejak 25 November, Afgan menyatakan akan ada kontrak dengan pihak lain. Dalam hal itu ada perbezaan pendapat tentang hak pilihan berikut. Afgan sendiri masih ada iktikad baik, maka dia dan peguamnya mengadakan perjanjian yang ditandatangani, yang isinya membuat dua buah lagu yang akan dimasukkan ke album The Best of Afgan, dengan niat baik, pihak Afgan sudah menyelesaikan satu lagu.

Saat masuk ke lagu kedua, Afgan memberi idea agar lagunya boleh sesuai dengan suara Afgan agar ada soul-nya. Dalam masa mendapatkan kesesuaian lagu, jangka waktu satu bulan pembuatan lagu itu terlampaui beberapa hari. Tapi pihak Afgan masih ada iktikad baik untuk menyelesaikan lagu yang tertunda, tapi 30 Mei mereka menyampaikan seolah-olah perjanjian itu bentuk pengelabuhan Afgan kepada WB.

Nizammudin membantah bahawa anak guamnya tidak melakukan hal itu. Menurutnya sama sekali tidak ada pengkhianatan pihak Afgan kepada WB. Dia meragukan laporan itu.

Nizammudin menilai bahawa sebenarnya masalah ini masuk ke ranah hukum perdata. Dia juga meminta agar polis berhati-hati dan meneliti terlebih dulu atas laporan dari Wanna B yang dinilainya mencari populariti saja.

0 comments: