it's about anything. too many to mention...

Monday, June 27, 2011

sctv produksi filem 'the philosophers'


Sokongan untuk menghasilkan tontonan menarik terus dilakukan SCTV. Sebuah filem berkelas internasional bakal diproduksi dalam waktu dekat. Adalah THE PHILOSOPHERS , judul filem tersebut. Tak tanggung-tanggung sejumlah pelakon asing yang kerap muncul di filem-filem ternama seperti Harry Potter, terlibat pada filem yang mulai penggambaran di berbagai tempat di Indonesia awal Julai tersebut.

Sebut saja Bonny Wright, Freddie Stroma, Daryl Sabara, Sophie Lowe, Rhys Wakefield dan James D Arcy. Tak ketinggalan campur tangan pengarah dan produser ternama seperti Cybill Lui, George Zakk serta John Huddles.

Sementara Cinta Laura dipilih menjadi pelakon dalam negara yang menemani mereka. Demikian diketahui dalam sidang media di SCTV Tower, Jumaat lalu.

Menurut Direktur Program dan Produksi SCTV Harsiwi Achmad, pihaknya bangga dapat bekerjasama menyokong filem berkelas internasional ini.

Ini kerana bukan hal mudah memperoleh kepercayaan dari mereka untuk memproduksi filem dengan lokasi penggambaran di Indonesia.

Selain itu di balik pembikinan filem ini, SCTV juga berharap filem tersebut dapat menjadi media promosi mengenai Indonesia utamanya budaya sehingga menjadi daya tarikan pelancong mancanegara untuk berkunjung.

Sayangnya, baik SCTV mahupun penyokong filem dengan genre thriller psikologi tersebut enggan menyebut lokasi penggambaran dilaksanakan.

0 comments: