Pemuzik Iwan Fals mengadakan kunjungan dalam rangkaian kegiatan perjalanan spiritualnya sebagai usaha untuk melestarikan alam. Kini penyanyi muzik balada itu berkunjung ke Bandarlampung bersama kumpulan muzik ketuhanan Ki Ageng Ganjur.
Kegiatan bertempat di Pondok Pesantren Bustanul Falah, Kelurahan Kaliawi, Kecamatan Tanjungkarang Pusat, Bandarlampung dan disokong penuh oleh salah satu syarikat rokok ternama.
Kegiatan bertempat di Pondok Pesantren Bustanul Falah, Kelurahan Kaliawi, Kecamatan Tanjungkarang Pusat, Bandarlampung dan disokong penuh oleh salah satu syarikat rokok ternama.
Menurut Iwan, Indonesia kaya dengan oksigen yang berasal dari pohon dan terumbu karang. Kerana itu, manusia yang menggunakan oksigen harus melestarikan alam untuk generasi yang akan datang.
Kunjungannya ke beberapa sekolah pondok di Indonesia juga untuk meminta doa dari kiai2 agar dapat menjalani hidupnya dengan baik. Perjalanan ketuhanan Iwan Fals juga akan dilanjutkan dengan konsert yang diadakan di Lapangan Saburai, Enggal, Bandarlampung, pada malam harinya.
Menurut Team Leader salah satu syarikat rokok yang menjadi sponsor acara itu, Bandel Praptono, konsert tersebut merupakan pembuka lawatannya di wilayah Sumatera, agenda ini melanjutkan konsert serupa di Pulau Jawa yang telah dilakukannya beberapa bulan lalu.


0 comments:
Post a Comment