it's about anything. too many to mention...

Monday, July 25, 2011

mocca masih adakan konsert rahsia


Beberapa waktu lalu, band Mocca mengadakan konsert tunggal pertama mereka yang juga merupakan konsert terakhir dalam perjalanan muzik mereka. Dengan mengadakan konsert terakhir itu, bukan bererti band ini bubar. Hanya sepi dalam waktu yang tidak dapat ditentukan, itulah yang mereka nyatakan.

SwingingFriends, sebutan untuk peminat2 Mocca, pasti merasa sedih dengan hal ini. Untuk mereka, dalam konsert terakhirnya kelmarin, Mocca menyuguhkan sesuatu yang berbeza dan sungguh berkesan. Acara yang dikemas dalam konsep teater muzikal ini berlangsung cukup mengharukan. Vokalisnya, Arina juga tampak beberapa kali menghapus air mata.

Tapi ternyata, konsert tersebut bukan menjadi kali terakhir Mocca menyuguhkan muzik manis mereka.

Hal ini automatik membuat SwingingFriends tertanya2.

Alhasilnya, malam kelmarin, meski hujan deras, SwingingFriends berbondong-bondong datang ke acara yang sengaja diadakan di bahagian belakang kampus, tempat yang tersembunyi.

Banyak SwingingFriends yang kecewa kerana tidak dapat hadir dalam acara tersebut.

Sedangkan mereka yang berkesempatan hadir, tentunya saja merasa gembira.

0 comments: