it's about anything. too many to mention...

Tuesday, July 19, 2011

revalina s temat sokong pertandingan video sains


Meski sibuk sebagai artis, Revalina S Temat selalu mencuba memperhatikan sejumlah aspek yang terjadi dalam kehidupan sehari-hari. Ketika terlibat dalam filem seMESTA menduKUNG produksi bersama Mizan Productions dan Falcon Pictures, Reva – panggilan mesranya – juga mempelajari aspek sains yang menjadi salah satu elemen penggerak cerita dalam filem yang dibintanginya itu.

Dalam filem garapan pengarah John De Rantau itu, Reva dipilih melakonkan karakter perempuan bernama Tari Hayat, seorang guru muda dengan pengabdian luar biasa. Dia yang memang ada asas pendidikan sains merasa tercabar ketika bertemu Arif yang dengan cerdas mempraktikkan sains dalam kehidupan sehari-hari.

Maka ketika filem yang dibintanginya itu melakukan promosi berupa pertandingan video sains, Reva pun menyambutnya dengan gembira.

Pertandingan video sains dengan tema Semesta Mendukung itu telah dibuka sejak awal Julai lalu. Ada 2 kriteria pemenang yang direbutkan iaitu kategori Terbaik dan kategori Terfavorit.

0 comments: