it's about anything. too many to mention...

Friday, August 19, 2011

laudya chintya bella juga ikut casting


Menjadi salah satu pelakon utama dalam filem DI BAWAH LINDUNGAN KABAH ternyata memberi kesan tersendiri bagi Laudya Chintya Bella. Dalam cerita cinta yang mengharukan tersebut, dirinya dipilih menjadi watak yang sangat sopan santun, lemah, perasa, sensitif dan penurut pada orang tuanya.

Selanjutnya, Laudya juga mengungkapkan bahawa untuk mendapatkan watak tersebut, dirinya juga harus mengikuti casting seperti yang lain. Jadi dia tidak mendapat watak tersebut secara percuma.

Bella juga menerangkan bahawa dalam penggarapan filem tersebut dirinya tidak menemui masalah khusus. Dia diberi waktu reading selama dua bulan, sedangkan proses penggambaran sendiri memakan waktu 4 bulan.

Ketika ditanya tentang keadaan hubungannya selama kesibukannya menjalani penggambaran, Bella yang saat itu bersama kekasihnya Chico Jericho juga mengungkapkan bahawa kedua2nya tidak masalah dan akan menjalani dulu semuanya sesuai aliran.


0 comments: