it's about anything. too many to mention...

Wednesday, August 24, 2011

victoria beckham dilarang pakai high heels


Pernah melihat Victoria Beckham memakai flat shoes? Kalau pernah, pastinya jarang sekali, kerana 'hobi' Victoria mengenakan kasut bertumit super tinggi. Sayangnya, kali ini Victoria justeru dilarang mengenakan kasut2 kesayangannya ini.

Bulan depan, sebagai seorang pereka, Victoria dijadualkan untuk hadir dalam acara New York Fashion Week. Namun, kasut2 yang mungkin bagi sebahagian besar orang mustahil dikenakan milik Victoria harus ditinggal di rumah.

Wanita berusia 37 tahun ini menderita cedera punggung, tepatnya pergeseran tulang belakang, sejak mengandung Harper Seven Beckham, anak ke empatnya. Cedera ini diparah dengan pembedahan caesar yang dijalaninya saat melahirkan.

Tapi, bekas anggota Spice Girls ini rupanya tak kehabisan akal. Victoria merancang menempah kasut istimewa dari Christian Louboutin dan Roger Vivier, agar sesuai dengan keadaan kesihatannya, tanpa meninggalkan selera fashionnya.


0 comments: