it's about anything. too many to mention...

Tuesday, September 20, 2011

bawa pistol, britney jadi penjenayah


Setelah menghentam paparazzi dengan mic, nampaknya Britney Spears akan kembali beraksi heroik dalam video klip terbarunya, Criminal. Ini kerana, dalam video klip yang dibuat di London ini, penyanyi ini dilihat membawa sebuah pistol!

Dalam proses pembuatan video klipnya, Britney dilihat dengan senyum lebar mengenakan seluar jeans ketat, t shirt putih dan jaket kulit. Penyanyi lagu I Wanna Go ini juga dilihat membawa sebuah pistol di tangan kanannya di depan sebuah kedai persediaan makanan.

Kekasihnya, Jason Trawick dijangkakan juga akan menjadi cameo dalam video klip ini, kerana sering dilihat dalam beberapa foto lokasi penggambaran video klip ini. Dalam salah satu foto, Britney dilihat membawa pistol, sedangkan Jason mengikutinya dari belakang dengan keranjang basket yang ditentengnya.

Beberapa berita menyebutkan bahawa video klip ini akan bercerita tentang Britney dan kekasihnya, yang akhirnya justeru bertengkar dan saling beradu pertengkaran. Setelahnya, seorang karakter bernama Jason yang dilakonkan oleh Trawick bersamanya dan mengajaknya melakukan beberapa tindakan jenayah ala Bonnie and Clyde.

0 comments: