Ulang tahun selalu menjadi moment istimewa. Tapi bagi keluarga selebriti David dan Victoria Beckham, moment ini akan super istimewa. Ini kerana, untuk meraikan ulang tahun Brooklyn, anak mereka, pasangan ini akan membawa keluarganya ke Hogwarts!
Ya, tak salah, Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry! Khusus untuk meraikan ulang tahun ke-13 anak sulung mereka, David dan Victoria akan menyewa istana yang juga digunakan untuk penggambaran HARRY POTTER. Istana bernama asli Alnwick Castle ini terletak di Northumberland, di bahagian timur laut England.
Ulang tahun Brooklyn akan jatuh pada Mac akan datang, dan orang tuanya merancang memanjakan anaknya dan teman-temannya yang juga adalah peminat HARRY POTTER.


0 comments:
Post a Comment