Beberapa fakta pahit mengenai Grohl, Cobain dan Nirvana ini terungkap dalam sebuah buku biografi terbaru berjudul This is A Call: The Life and Times of Dave Grohl yang ditulis oleh Paul Brannigan. Dalam bukunya, terungkap bahawa Grohl pernah berang atas sikap Cobain kala masih bersama dalam Nirvana.
Buku ini juga menyebutkan bahawa ketegangan yang terjadi dalam band ini membuatnya terpecah menjadi dua kubu. Drummernya, Dave Grohl, dan bassistnya Krist Novoselic ada di satu kubu, sedangkan Cobain dan isterinya, Courtney Love di kubu yang lain.
Seperti ditulis pengarangnya, ketegangan ini memuncak dalam penerbangan dari Seattle ke Los Angeles pada tahun 1993, ketika Grohl mencuri dengar ketika Cobain mengejeknya.
Kerana tersinggung, Grohl pun menelefon manager band mereka, Alex McLeod dan menyatakan bahawa dirinya ingin mundur dari band. Untungnya, managernya dapat menenangkan Grohl yang membuatnya tak jadi mundur.
Dalam bukunya, Brannigan juga menyatakan bahawa sebenarnya tak ada masalah dengan kemampuan bermain drum Grohl. Masalahnya adalah kerana Cobain lebih suka gaya bermain Dan Peters, drummer Mudhoney, band yang terkenal sebelum Nirvana.


0 comments:
Post a Comment