Michael Jackson nampaknya memang ditakdirkan meninggal kerana over dose ubat tidur akibat kelalaian doktor peribadinya, bukan kerana serangan terrorist. Ini kerana, seharusnya Michael berada di WTC Towers saat insiden 9/11 terjadi, yang untungnya tak jadi kerana Michael ketiduran.
Hal ini dinyatakan oleh Jermaine Jackson, saudara Michael. Jermaine mengungkapkan bahawa seharusnya superstar ini berada di World Trade Center untuk menghadiri sebuah mesyuarat saat serangan terrorist terjadi. Namun, Michael terpaksa melepaskan mesyuarat ini kerana ketiduran.
Hal ini pun dinilai cukup ironik, kerana masalah tidur, yang akhirnya merenggut nyawanya di tahun 2009, menyelamatkannya dari serangan terrorist yang mengancam nyawanya 8 tahun sebelumnya. Malam sebelum hari nahas ini, Michael tampil di Madison Square Garden. Tapi kerana acara selesai sangat larut, Michael pun terlambat tidur dan tak boleh bangun untuk menghadiri mesyuarat.
Masalah tidur yang dialami Michael memang sudah lama diketahui banyak pihak. Sampai akhirnya, ubat tidur yang seharusnya membantunya justeru mencabut nyawanya.


0 comments:
Post a Comment