it's about anything. too many to mention...

Tuesday, September 20, 2011

milla jovovich dedahkan detail 'resident evil 5'


Peminat2 setia RESIDENT EVIL tentulah sudah menunggu-nunggu filem sekuel terbarunya, RESIDENT EVIL: RETRIBUTION. Dalam sebuah wawancara, bintangnya, Milla Jovovich, membocorkan beberapa detail filem ini. Apa saja yang baru?

Yang mengejutkan dan mungkin sedikit mengecewakan adalah 'pensiunnya' Wentworth Miller dan Ali Larter dalam sekuel ke lima ini.

Aktres asal Ukraine berusia 35 tahun ini juga menyatakan bahawa Jensen Ackles takkan berlakon sebagai Leon Kennedy seperti beberapa berita yang beredar, kerana Ackles sudah disibukkan dengan siri TVnya.

Selain pelakon2 baru dan lama ini, Milla juga menyatakan akan ada makhluk baru dalam filem ini, yang disebut parasit Las Plagas. Milla juga membenarkan bahawa aksi laganya nanti akan lebih gila-gilaan, termasuk penembakan sebuah Rolls Royce di Red Square dan Moscow.

Tak hanya itu, Milla juga berjanji akan ada filem sekuel ke-6 yang akan menjadi reunion bagi semua bintang yang pernah berlakon dalam filem ini.

0 comments: