Walau bernasib sial kerana dilanggar kereta kala berjogging, rupanya Reese Witherspoon tak ingin memanjangkan masalah. Pemandu kereta ini pun sama sekali tak dituntut walau sudah melukai tubuh aktres ini.
Insiden nahas ini terjadi ketika Reese sedang asyik jogging di Santa Monica, California. Tak disangka sebuah kereta menyelonong ke arahnya dan seketika melanggarnya.
Atas kemalangan ini, jurucakap Reese pun sudah meluruskan masalah dan menyatakan bahawa aktres ini tak menderita cedera yang parah dan sudah dibolehkan beristirehat di rumah. Seorang sumber lain juga menyatakan bahawa aktres berusia 35 tahun ini tak berniat menuntut pelanggarnya, yang tak lain adalah seorang nenek berusia 84 tahun.


0 comments:
Post a Comment