Jika biasanya Rihanna sering dilihat dengan kostumnya yang super seksi, kali ini justeru sebaliknya. Rihanna dilihat garang mengenakan seragam tentera dan memegang senapang mesin besar.
Niat Rihanna untuk meninggalkan imagenya sebagai penyanyi seksi ini dilakukan demi filem pertamanya, BATTLESHIP. Dalam salah satu adegan filem ini, Rihanna tampil total sebagai seorang specialist senjata wanita.
Seperti dilaporkan ET Online, wanita berusia 23 tahun ini sempat menyatakan bahawa dirinya harus mengikuti beberapa latihan militari dasar untuk menyiapkan filemnya. Latihan ini pun dilakukan secara serius, sampai Rihanna harus menerima bentakan dan hukuman push up. Walaupun hampir seluruh tubuhnya biru-biru, Peter Berg, pengarahnya, memujinya kerana tak pernah mengeluh.


0 comments:
Post a Comment