Watak yang ditawarkan Sony Pictures memang bukan watak besar tapi setidaknya Anda ada peluang ikut muncul dalam filem RESIDENT EVIL: RETRIBUTION. Watak apa yang ditawarkan? Tentu saja watak mudah yang biasanya didapatkan dengan cara casting. Anda tak harus menghafal skrip dan boleh jadi wajah Anda pun tak akan dikenali kerana Anda harus mengenakan make-up zombie.
Syaratnya tak terlalu sukar. Menurut Contact Music, peserta harus berusia antara 18 tahun sampai 34 tahun dan mengirim rakaman video sepanjang 1 minit ke laman rasmi Face of The Fan. Had akhir pengiriman video adalah 3 Oktober 2011 kerana sekitar akhir tahun nanti filem ini akan mulai penggambaran di Canada.


0 comments:
Post a Comment