Maraknya berita mengenai penyertaan Pulau Komodo menjadi salah satu calon untuk New Seven Wonders juga dirasakan oleh penyanyi Audy Item. Audy menganggap bahawa acara penghargaan seperti itu merupakan suatu hal yang positif.
Walaupun masih banyak pro dan kontra mengenai penyelenggara New Seven Wonders, Audy masih tetap menganggap bahawa hal itu masih merupakan sesuatu yang positif. Dia mengungkapkan bahawa hal itu juga merupakan salah satu cara untuk memberitahu dunia bahawa Pulau Komodo itu sangat bagus.
Namun sayangnya, Audy mengaku masih belum berkesempatan untuk mengunjungi satu2nya di dunia yang masih dihuni oleh komodo ini. Walau begitu, dia masih menunjukkan niatnya untuk mengunjungi pulau tersebut.


0 comments:
Post a Comment