Berkaitan perkelahian yang membuat Brody Jenner masuk hospital semalam, penyanyi Avril Lavigne menolak tudingan yang menyatakan bahawa kekasihnya tersebut terluka kerana melerai dirinya yang berkelahi. Dia menegaskan bahawa saat itu dirinya tidak berkelahi!
Walaupun Avril ada catatan hitam selepas perkelahian sengitnya dengan Lindsay Lohan tahun lalu, namun gadis berusia 27 tahun menyampaikan bahawa malam itu dirinya dan Brody adalah mangsa penyerangan sekelompok orang. Hal itu dibuktikan dengan beberapa luka yang kini membekas di wajahnya.
Selain Brody yang sampai masuk hospital dan mendapat beberapa jahitan akibat luka pecah di kepalanya, Avril juga mengalami lebam di bahagian mata, hidung berdarah, luka cakar dan lain2, terutama di bahagian wajah. Dia juga harus mengalami pengubatan akibat luka tersebut.
Diambil dari dailymail, penyanyi asal Kanada itu juga memberikan kenyataan berkaitan perkelahian yang terjadi di Hollywood Roosevelt Hotel pada pukul 1 pagi tersebut. Dia mengaku telah diserang 5 orang tak dikenali yang tidak dia ketahui dari mana asalnya.


0 comments:
Post a Comment