it's about anything. too many to mention...

Wednesday, November 9, 2011

berlakon filem, ian kasela lepas kacamata hitam


Ada yang beza dengan penampilan vokalis Radja, Ian Kasela. Dia tidak lagi memakai kacamata hitam yang sudah menjadi identiti. Kacamata itu harus dilepas saat tampil menjadi pelakon filem Musik Untuk Cinta.

Dalam filem yang dikhususkan untuk menghormati perjalanan muzik Indonesia dan diterbitkan oleh PT Prima Bina Media ini, Ian melakonkan watak Cecep, anak desa asal Cirebon, Jawa Barat yang hijrah ke kota demi meraih mimpi, menjadi seorang usahawan sukses.

Ian rela melepas kacamata hitamnya demi filem tersebut yang kaya nilai sejarah dalam perkembangan muzik Indonesia itu.

Kepiawaian lakonan Ian dalam melakonkan watak Cecep itu, akan diadu dengan lakonan Arumi Bachsin, Didi Petet dan Ninik L Karim.

Enison Sinaro, selaku pengarah Musik Untuk Cinta mengungkapkan pemilihan Ian sebagai watak Cecep kerana dinilai mewakili karakter Cecep. Dia dianggap mampu melakonkan karakter dengan modal bakat seni lakon yang dimilikinya.

0 comments: