Industri muzik Indonesia sedang dilanda polemik. Banyak masalah yang datang seperti cetak rompak dan baru2 ini masalah diberhentikannya RBT. Pemuzik pun seakan kebingungan dengan industri yang tak menentu seperti ini.
Menjelaskan hal ini drummer Slank, Bimbim mengungkapkan yang muzik Indonesia saat ini sedang merudum. Lebih2 lagi susahnya berkarya di Indonesia membuat pemuzik mentok dan berhenti untuk berkarya.
Bimbim mengaku tabik dengan pemuzik indie yang terus mengeluarkan karyanya tanpa terpengaruh dengan merudumnya industri. Bahkan isu ditutupnya RBT juga tak mempengaruhi mereka untuk berkarya.
Lebih lanjut Bimbim mengatakan yang pemuzik harus boleh berdiri dan usaha sendiri tanpa menunggu dibantu oleh kerajaan. Ini kerana seharusnya kerajaan wajib memberikan kemudahan namun tak pernah melihatkan hasilnya.


0 comments:
Post a Comment