Di tengah kariernya yang gemerlapan, bintang filem Troy ini tiba2 membuat kenyataan mengejutkan. Dipetik dari splashnews, Brad Pitt telah mengungkapkan bahawa dirinya akan pencen dari dunia lakonan dalam waktu dekat ini.
Sebagaimana yang diungkapkannya dalam acara AUSSIE kekasih Angelina Jolie ini juga mengungkapkan bahawa rancangan itu tidak serta merta dilakukannya sekarang. Dia akan menunggu tiga tahun lagi untuk berhenti dari dunia lakonan, tepat ketika usianya menginjak 50 tahun.
Namun ketika ditanya apa yang akan dilakukannya ketika telah pencen nanti, bekas suami Jennifer Aniston ini malah melontarkan bahawa dirinya juga tidak tahu apa yang akan dilakukannya. Pastinya dia akan mencari kebahagiaan yang lebih hakiki di luar sana.
Selain itu, Brad juga mengungkapkan bahawa dirinya ingin mencari kebahagiaan dengan cara yang lebih realistik. Menurutnya, kata bahagia itu sifatnya relatif. Terlalu naif jika seseorang ingin selalu bahagia, kerana dalam hidup kita ditakdirkan untuk merasa bahagia dan sedih.


0 comments:
Post a Comment