it's about anything. too many to mention...

Sunday, November 13, 2011

diberi kebebasan, andra and the backbone bersemangat


Penampilan Andra and the Backbone yang berkolaborasi dengan Sa'Unine berjaya memukau penonton2. Dengan membawakan dua lagu iaitu Belaian Sayang dan Jali2, Andra and the Backbone menyusun semula lagu tersebut dengan versi ditambah orkestra dari Sa'Unine.

Menggabungkan kedua2 genre yang berbeza di mana full band dengan orkestra bukan perkara mudah. Lebih2 lagi dengan waktu yang sedikit untuk persiapan. Namun Andra dan Dedi mengaku tak menemui kesukaran.

Andra menuturkan yang dia sama sekali belum pernah mengetahui versi asli dari kedua2 lagu ini namun kerana kebebasan yang diberi oleh pimpinan Sa'Unine, Oni, membuat mereka bersemangat untuk menyusun.

Bagi Andra and the Backbone ini merupakan pengalaman mereka yang pertama untuk konsert dengan konsep orkestra yang dibuat sebesar ini. Selain itu yang membuat mereka merasa istimewa adalah mengusung lagu daerah.

0 comments: