Selesai sudah kes panjang berkaitan kematian King Of Pop ini, Michael Jackson. Rasa lega dan bahagia juga dirasakan oleh mereka yang mencintai Michael, termasuk keluarga dan peminat2 di seluruh dunia.
Perbicaraan terakhir memutuskan bahawa Conrad Murray, doktor peribadi Michael, bersalah atas kelalaiannya yang menyebabkan kehilangan penyanyi ini. Murray diancam hukuman penjara selama 4 tahun, yang akan diumumkan pada perbicaraan 29 November akan datang.
Demi menghormati Michael, 17 anggota keluarganya sengaja datang ke perbicaraan dan menyaksikan doktor ini dibawa keluar bilik setelah dinyatakan bersalah.
Ibunya, Katherine Jackson, juga dilihat gembira dan menangis terharu ketika keputusan dibacakan, mengatakan bahawa dirinya merasa lebih baik setelah Murray dinyatakan bersalah atas kematian anaknya.


0 comments:
Post a Comment