Kisah cinta antara Emma Watson dan Johnny Simmons saat ini dikhabarkan sedang di hujung tanduk. Belum jelas penyebabnya, namun hubungan antara pasangan ini dilaporkan sedang retak kerana Johnny menolak ajakan Emma untuk mengikutinya ke England.
Diambil dari dailymail, pasangan ini mula menjalin hubungan sejak kedua2nya bertemu di filem The Perks Of Being A Wallflower pada bulan Jun lalu. Namun secara rasmi, mereka bercinta sejak bulan September lalu. Pada bulan yang sama aktres 21 tahun itu meminta Johnny untuk ikut dengannya ke England, demi menemaninya menyelesaikan study di Oxford University.
Sayangnya, aktor berusia 24 tahun tersebut menolak untuk memenuhi permintaan Emma. Sejak itu, hubungan kedua2nya dilaporkan semakin renggang. Hal itu diperkuatkan dengan kenyataan salah satu sumber yang mengatakan bahawa Emma sempat mengaku bahawa hubungan mereka saat ini memang rumit.


0 comments:
Post a Comment