it's about anything. too many to mention...

Monday, November 14, 2011

gading marten ditipu pengurus rp300 juta!


Baru-baru ini Gading Marten dilaporkan telah menjadi mangsa penipuan yang dilakukan oleh pengurusnya sendiri. Tidak tanggung-tanggung, wang sebanyak kurang lebih tiga ratus juta rupiah ghaib!

Wang yang hilang tersebut adalah wang hasil kerja kerasnya menjadi salah satu host acara muzik di salah satu televisyen swasta di Indonesia. Namun, saat ditanya lebih lanjut mengenai hal itu, Gading mengaku bahawa dirinya masih belum mahu membicarakan tentang hal itu. Saat ini, Gading sedang membuat laporan di Polres Jakarta Barat.

Saat kes itu terjadi, Gading sebenarnya sudah ada niat baik untuk menyelesaikannya dengan kekeluargaan. Namun sayangnya, Gading mengungkapkan bahawa saat ini dirinya sudah tidak lagi boleh menyelesaikan masalah itu dengan kekeluargaan.

Belajar dari pengalaman tidak mengenakkan tersebut, Gading sekarang sudah mempunyai pengurus baru. Saat ini dia memakai pengurus yang sangat dia percaya kerana wang selalu Gading bawa sebelum akhirnya ke tangan pengurusnya.

0 comments: