it's about anything. too many to mention...

Monday, November 7, 2011

gara2 avril, kepala kekasih pecah dihentam botol


Nasib sial rupanya sedang berpihak pada Brody Jenner. Bermaksud melerai perkelahian kekasihnya, Avril Lavigne, dengan wanita lain, Jenner malah harus pulang dengan kepala robek akibat pecahan botol.

Penyanyi cantik asal Kanada ini dilaporkan terlibat dalam perkelahian dengan wanita lain di Hollywood Roosevelt Hotel pada pukul 1 pagi. Kekasihnya, yang tak lain adalah adik tiri Kim Kardashian, berusaha melerai kedua2nya. Tak berjaya, Brody malah harus dilarikan ke hospital dengan luka di kepalanya.

Perkelahian pun dihentikan oleh sekuriti hotel, walau Brody dan beberapa orang lain yang terlibat sempat ditahan. Dalam sebuah foto yang didapatkan X17Online, Brody dilihat di depan hotel dengan luka dan darah mengalir di dahinya.

Seperti dilaporkan TMZ, polis dipanggil ke hotel, dan laporan pihak berwajib mengatakan bahawa Brody menjadi mangsa penganiayaan dengan sengaja mematikan. Sampai berita ini diturunkan, penyebab perkelahian masih belum diketahui, kerana Brody hanya komen tentang lukanya melalui akaun twitternya.

0 comments: