it's about anything. too many to mention...

Monday, November 14, 2011

johnny depp tidak peduli dengan kejayaan filemnya!


Meskipun filem terbarunya, The Rum Diary terbukti gagal di box office, namun Johnny Depp nampaknya tidak memberikan sedikit kepeduliannya dengan hal itu. Bahkan, dia malah percaya bahawa filemnya akan bertahan sepanjang masa.

Depp mengungkapkan bahawa dia akan mungkin sakit kepala jika dia terlalu memikirkan tentang kejayaan filemnya. Dia menambah bahawa dia adalah orang yang tidak terlalu memikirkan akan bagaimana filemnya nanti.

Namun, walaupun telah terbukti bahawa filem terbarunya, The Rum Diary tidak dapat memberi banyak keuntungan baginya, Depp tetap percaya kepada filem ini. Dia bahkan percaya bahawa nanti ada ramai orang yang menonton filem ini dan bahkan menikmatinya.

Selain itu, Johnny Depp juga percaya bahawa filem barunya ini akan laku laris di pasaran Eropah. Alasannya, menurut Depp, filem ini terlalu pintar untuk ditonton oleh masyarakat Amerika.

0 comments: