Berita kebakaran rumah penyanyi Mulan Jameela yang berada di kawasan Pinang Perak Raya No 2, Pondok Pinang, Jakarta Selatan, langsung tersebar saat yang berkaitan mentweet status akaun twitternya, @mulanjameela1 : Rumah kebakaran dari listrik.. Doanya temen2.
KapanLagi.com yang datang ke lokasi, hari ini menemui keadaan rumah Mulan yang dilihat sepi, seperti tidak ada tanda2 bekas terjadi kebakaran. Sementara kereta Alphard hitam dilihat diparking di dalam rumah.
Seorang jiran yang berada di tepi rumah Mulan, yang tidak mahu disebutkan namanya, mengesahkan yang rumah Mulan sempat mengalami litar pintas elektrik. Tepatnya, semalam selepas solat Isyak.
Mulan menurut sumber tersebut, panik dan langsung pergi meninggalkan rumah kemungkinan untuk menenangkan diri bersama anak2nya.


0 comments:
Post a Comment