it's about anything. too many to mention...

Monday, November 14, 2011

peminat lady gaga buli adele!


Persaingan di dunia muzik rupanya tak hanya dalam penjualan album dan konsert di sana sini. Peminat2 juga memegang peranan penting dalam persaingan ini, seperti yang terjadi pada peminat2 Lady Gaga dan Adele.

Selama kariernya, Gaga dan Adele memang dikenali sebagai penyanyi yang sangat sukses, tak hanya dengan penjualan album, tiket konsert, awards, tapi juga peminat2 yang setia. Sayangnya, walau Gaga dan Adele tak nampak pernah berseteru, peminat2 Gaga, Little Monster, justeru berlaku tak menyenangkan pada Adele.

Kebelakangan, beberapa oknum yang mengatasnamakan peminat Gaga alias Little Monster menggunakan Twitter untuk mengolok2kan Adele. Salah satu hal yang mereka ejek adalah berat dan bentuk badan penyanyi lagu Someone Like You ini.

Bahkan, beberapa video yang mengejek Adele juga sudah tersebar, dengan mengganti lirik lagu Gaga yang berjudul Born This Way.

Membuli ini semakin memanas setelah Adele membatalkan konsertnya kerana harus menjalani pembedahan peti suara. Kesempatan ini digunakan oleh peminat Lady Gaga untuk menyatakan bahawa sebenarnya Adele berbohong dan menggunakan alasan ini untuk menutupi tiket konsertnya yang tak laku. Beberapa jangkaan menyebut bahawa tindakan tak menyenangkan ini dilakukan kerana peminat2 khuatir akan glamor Gaga yang semakin disaingi oleh Adele.

Hal ini tentunya sangat ironik, kerana Lady Gaga pernah 'memerangi' pembulian, yang sekarang justeru dilakukan peminat2nya. Namun, Gaga mengaku tak tahu dan kecewa jika tindakan ini benar2 dilakukan oleh peminatnya.

0 comments: