Sebagai seorang selebriti, nampak Rihanna sedang menemui sebuah titik jemu. Hasilnya, dia pun pernah tidak mahu tampil dalam konsert di Dublin yang diadakan pada Jumaat lalu lantaran dirinya merasa sangat tertekan dengan padatnya jadual yang harus dipenuhinya.
Namun The Sun mengkhabarkan bahawa penyanyi lagu Bajan tersebut akhirnya bersedia kembali ke pentas setelah berbicara denga Beyonce Knowles melalui telefon. Walaupun sempat menangis selama percakapan tersebut, akhirnya Rihanna bersedia kembali ke pentas untuk menyambut peminat yang sudah menunggu penampilannya.
Memang wajar hal itu dirasakan oleh Rihanna. Sebagaimana diungkapkan oleh salah satu sumber, wanita yang kini baru berusia 23 tahun tersebut tentunya ingin ada sedikit waktu untuk bersenang2. Namun yang dihadapinya justeru tuntutan waktu dan jadual padat yang seolah tak ada habisnya. Dalam tour yang terdiri dari 101 jadual ini saja, Rihanna sudah beberapa kali menunjukkan tanda2 kurang maksima.


0 comments:
Post a Comment