it's about anything. too many to mention...

Monday, November 14, 2011

shanty tergoda di balik hiburan


Meskipun sudah menyatakan mundur dari dunia hiburan setelah menikah dengan Sebastian Paredes dan mempunyai anak, namun Shanty mengungkapkan bahawa dia masih banyak mendapat tawaran untuk kembali masuk ke dunia hiburan. Bahkan, dia juga mengakui bahawa dirinya sempat tergoda untuk kembali memasuki dunia yang telah membesarkan namanya tersebut.

Meskipun tidak ada larangan dari suaminya untuk kembali terjun ke dunia hiburan, Shanty nampaknya masih belum boleh untuk kembali ke dunia hiburan. Hal ini disebabkan bahawa saat ini dia, suami beserta anaknya, Juno sedang tinggal di Hong Kong.

Namun, Shanty menjelaskan bahawa dirinya tidak menutup kemungkinan untuk kembali lagi ke dunia hiburan. Bila suatu saat nanti dia kembali ke Indonesia, ungkap Shanty, dirinya akan terjun kembali ke dunia hiburan.

Sementara itu, keputusannya untuk tinggal di Hong Kong bersama suami dan anaknya memberikan pengalaman tersendiri buat Shanty. Shanty mengatakan bahawa dirinya sekarang sudah terbiasa menguruskan urusan dapur sendiri.

0 comments: