it's about anything. too many to mention...

Tuesday, December 27, 2011

adele mulai latihan vokal lagi


Sempat ada kekhuatiran kalau Adele tak akan dapat tampil maksimal saat jadi salah satu pengisi acara Grammy, Februari akan datang. Keadaan kesihatan Adele masih belum pulih total dan beliau tak akan ada waktu untuk berlatih. Nampaknya kekhuatiran itu tak terlalu beralasan mengingat saat ini pun Adele sudah boleh mulai berlatih lagi.

Selepas pembedahan yang beliau jalani November lalu, baru sekarang Adele boleh mulai berlatih. Adele tak mahu buru-buru dan saat ini beliau baru menjalani latihan ringan saja.

Khabarnya, Adele ingin melalui sisa tahun 2011 ini bersama keluarganya dan tak ingin ada pesta besar-besaran.

Adele sendiri nyaris tak pernah terlihat sejak beliau menjalani pembedahan. Beliau sempat memamerkan foto terbarunya melalui Twitter dan nampaknya berat badan Adele sedikit turun meski beliau masih sempat mengucapkan selamat Natal buat peminat2nya.

0 comments: