Bagi penyanyi muda, Agnes Monica, sokongan peminat dapat memberinya kekuatan ekstra untuk bertahan di atas pentas, meski dalam keadaan sakit sekalipun. Hal tersebut dilihat saat penyanyi berusia 25 tahun itu mengadakan konsert bertajuk Re-Back di Hotel Premiere, Pekanbaru, Sabtu lalu.
Agnes tak segan mengakui dalam keadaan tidak prima, kerana diserang flu sebelum pertunjukan berlangsung. Kerana itu, beliau langsung melontarkan pujian terhadap besarnya pengaruh teruja penikmat muzik di Pekanbaru yang membuatnya dapat tetap tampil optima.
Tidak sampai di situ saja, penyanyi bernama lengkap Agnes Monica Muljoto itu pun terus memuji melalui media mikroblog Twitter.


0 comments:
Post a Comment