Ada album yang benar2 sukses, bahkan sampai dapat mengalahkan pemuzik legenda yang jauh lebih senior, tentunya Adele patut gembira dan bangga. Namun, siapa sangka kalau kejayaan albumnya justeru membuat Adele sedih?
Penyanyi lagu Someone Like You ini mengaku dirinya mencurahkan patah hati menyakitkan yang dialaminya dalam dua album suksesnya, 19 dan 21. Sayangnya, kejayaan ini harus dijalaninya sendiri, tanpa seseorang yang dapat menjadi tempat berkongsi.
Kerana sakitnya patah hati yang dialaminya, Adele juga menyatakan bahawa dirinya tak sedia menjalin cinta lagi sejak musim panas tahun 2009. Namun semuanya berubah dan sekarang Adele sudah berniat kembali mencari cintanya, sampai ada seseorang yang benar2 mencintainya.
Yang menarik, Adele justeru mengaku bersedih ketika albumnya meraih kejayaan luar biasa. Alasannya, kerana Adele jadi semakin tak dapat melupakan luka hatinya dan terus mengingati bekas kekasihnya.


0 comments:
Post a Comment