Sebagai seorang aktres senior, kini Desy Ratnasari telah memilih lebih banyak mendedikasikan waktunya dengan keluarga. Tentunya, banyak pengalaman Desy selama menjadi artis yang dikongsi kepada anaknya yang bernama lengkap Nasywa Nathania Hamzah.
Namun demikian, Desy mengungkapkan bahawa anaknya tersebut ternyata tidak seperti dirinya, yang diketahui menceburi dunia hiburan. Anaknya yang mesra disapa Najwa tersebut ternyata sama sekali tidak tertarik dengan dunia yang telah membesarkan nama ibunya tersebut.
Saat dijumpai dalam sidang akhbar drama CINTA SEJATI yang berlokasi di pejabat MD Entertainment, Tanah Abang, Jakarta Pusat, Desy mengungkapkan bahawa anaknya tersebut tidak suka difoto dan diwawancara. Dia bahkan pernah memiliki cita2 untuk menjadi badut yang lucu.
Namun demikian, Desy selalu berusaha mengarahkan anaknya agar tidak keluar dari landasan agama yang dianutinya. Kerana anaknya beragama Islam seperti dirinya, maka Desy merasa wajib untuk mengarahkan anaknya ke jalan yang diredhai oleh Allah.


0 comments:
Post a Comment