Pemergian Michael Jackson untuk selama2nya tentu menyisakan duka bagi keluarga yang ditinggalkan, termasuk anak2nya. Namun siapa sangka anak kedua Michael, Paris Jackson sempat menilai bahawa perlakuan ayahnya pada anak2nya sangat gila, bahkan bodoh.
Selama menjalani masa kecil, ketiga2 anak Michael, iaitu Prince Michael, Paris dan Prince Michael II diharuskan untuk mengenakan topeng ketika tampil di depan umum. Awalnya, Paris sangat enggan melakukannya kerana difikirnya semua itu berlebihan. Namun, pada akhirnya dia dapat mengerti kenapa ayahnya berbuat demikian.
Selanjutnya, gadis yang baru saja memulakan debutnya di dunia filem tersebut juga menjelaskan bahawa topeng yang dikenakannya itu ternyata sangat berpengaruh terhadap kesehariannya. Walaupun harus tampak aneh di depan umum, tindakan ayahnya tersebut ternyata membuatnya dapat menjalani kehidupan normal di sekolah dan di mana pun.


0 comments:
Post a Comment