it's about anything. too many to mention...

Thursday, December 22, 2011

angelina jolie takut menetap di rumah


Kehidupan nomad yang kini dijalani oleh Angelina Jolie bersama Brad Pitt dan keenam2 anak mereka memang sangat membahagiakan. Namun di sisi lain, wanita cantik ini juga menyimpan rasa takut dan khuatir tentang hilangnya kebahagiaan tersebut.

Seperti yang diungkapkannya pada Contactmusic, dia sangat takut jika suatu saat anaknya tidak mahu lagi menjelajah dunia bersamanya. Dia pun tidak sanggup membayangkan salah satu dari enam anaknya memutuskan untuk tinggal di suatu tempat, dan tidak lagi mahu ikut bersamanya.

Namun dia pun menyedari bahawa suatu saat hal itu pasti akan terjadi, dan ketika suatu saat salah satu anaknya memutuskan untuk tidak ikut dengan mereka, maka dia akan menangis. Dia sangat takut membayangkan akan meninggalkan anaknya satu persatu di salah satu bahagian dunia.

0 comments: