Mahkamah Agama Tigakarsa akhirnya menjatuhkan hukuman cerai terhadap pasangan artis Titi DJ dan Ovy Rif dalam perbicaraan yang diadakan semalam, di Komplek Mahkamah Agama Tigakarsa, Tangerang, Banten. Hukuman dijatuhkan tanpa kehadiran kedua2 belah pihak.
Peguam Titi DJ, Damayanti Singgih mengungkapkan bahawa anak guamnya sedang berada di Pontianak, sehingga tidak dapat hadir. Apalagi perbicaraan tidak mewajibkan pendakwa untuk hadir, kecuali jika memang ingin kedua2nya menjalani mediasi.
Peguam Titi yang lain, Fathoni, mengungkapkan bahawa bertindak sebagai saksi dalam perbicaraan tersebut adalah kakak kandung dan pengurus Titi. Kesaksian saksi soal hubungan mereka berdua, meski tidak pernah melihat adanya pertengkaran. Intinya hanya melihat kedua2nya sudah tidak sesuai dan berpisah sejak Mei 2011.
Damayanti dan Fathoni pun menegaskan bahawa perpisahan antara Ovy dan Titi bukan kerana faktor ekonomi atau adanya orang ketiga, seperti diduga2 sejumlah kalangan. Terbukti hubungan mereka juga tetap baik meski telah berpisah sejak Mei 2011 lalu.


0 comments:
Post a Comment