Soal mendidik anak, Desy Ratnasari memang bukan jenis ibu yang keras dan memaksa kehendak kepada anak. Bagi wanita asal Sukabumi yang kini memutuskan untuk berjilbab ini, tugas orang tua adalah mengarahkan dan memberikan dasar2 yang baik pada diri anak.
Termasuk soal agama, Desy mengaku telah memberikan dasar untuk anaknya. Namun dia juga tidak memaksa anaknya untuk megenakan jilbab seperti dirinya. Ini kerana, memakai jilbab adalah pilihan masing2 individu, sehingga dia tidak mahu memaksakan kepada anaknya.
Ketika ditanya soal drama CINTA SEJATI yang kini dilakoninya, wanita 37 tahun ini menjelaskan bahawa dirinya berlakon sebagai seorang yang teraniaya, walaupun skala penganiayaan yang dialaminya tidak terlalu tinggi. Dia ingin wataknya dalam drama ini menginspirasi banyak orang.


0 comments:
Post a Comment