Setelah penawaran yang panjang, akhirnya Kim Kardashian berjaya membawa pulang salah satu barang kemas milik mendiang Elizabeth Taylor. Rantai rekaan Lorraine Scwartz yang bertatahkan berlian dan giok tersebut berjaya jatuh ke tangan Kim dengan harga $65, 000.
Isteri Kris Humphries yang kini sedang dalam proses perceraian dengan suaminya tersebut berjaya memenangi penawaran tertinggi dalam lelong koleksi barang kemas Elizabeth Taylor yang diadakan di Christie's, New York. Rupanya, Kim tertarik dengan barang kemas tersebut setelah melakukan wawancara eksklusif dengan Liz sebelum dia meninggal.
Namun Aceshowbiz melaporkan bahawa mulanya Kim tidak berniat membeli rantai tersebut. Pereka Lorraine mengungkapkan pada majalah Forbes bahawa Kim sebenarnya ingin memiliki gelang berwarna putih, hitam dan lavender yang kini jatuh ke tangannya. Lorraine mengatakan bahawa Kim adalah orang yang sangat menggemari gelang2 milik Liz.


0 comments:
Post a Comment