it's about anything. too many to mention...

Monday, December 26, 2011

pasha - adelia kembali pulang


Isteri Pasha Ungu, Adelia Wilhemina akhirnya pulang ke rumah setelah sebelum ini melahirkan secara caesar pada hari Khamis, di RS Pondok Indah. Menurut vokalis Ungu tersebut keadaan Adel begitu wanita tersebut akrab disapa, sudah membaik.

Mereka berdua dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Dewa Hikari Zaidan Ibrahim, di mana kerana terlilit dua lilitan di pusarnya, bayi tersebut harus dilahirkan dengan pembedahan. Pasha pun menjelaskan keadaan bayinya saat ini.

Sementara itu isterinya, Adelia Wilhemina juga mengakui bahawa keadaannya sudah lebih baik.

Pasangan ini mulai mengumumkan hubungan mereka pertama kali pada bulan Ogos 2010. Setelah bercinta selama beberapa bulan, mereka mengakhiri masa solo dengan menikah pada 27 Mac 2011. Kini kebahagiaan mereka bertambah seiring kehadiran si kecil.

0 comments: