it's about anything. too many to mention...

Friday, December 16, 2011

pengintip : aku bebas, selena gomez takkan selamat


Lelaki yang cukup meresahkan kehidupan Selena Gomez ini lagi2 membuat sensasi. Setelah pernah mengatakan bahawa dia diutus oleh Tuhan untuk membunuh Selena, Thomas Brodnicki kini malah meminta hakim memasukkannya ke penjara.

Seperti diberitakan oleh Splashnews, lelaki yang kini berada dalam pantauan psikiatri tersebut mendesak hakim untuk menerbitkan surat penahanan sementara untuknya. Menurutnya, hanya itu satu2nya cara untuk melindungi artis 19 tahun tersebut.

Sebelum ini, hakim telah menetapkan bahawa mahkamah tidak akan mengeluarkan surat penahanan sementara sampai Thomas hadir di mahkamah dan memberikan kesaksian. Namun kini, Thomas menegaskan bahawa dirinya tidak akan hadir dalam perbicaraan yang akan diadakan pada 6 Januari akan datang tersebut.

0 comments: