Belum lagi selesai kemelut rumah tangga yang dialami oleh pasangan Kim Kardashian dan Kris Humpries, muncul lagi masalah yang tidak kalah seru. Ahad kelmarin terjadi kekecohan heboh di New York, lantaran peminat Kris Humpries menyerang salah satu teman Kim Kardashian.
Seperti yang dilaporkan TMZ, bintang SPIN CROWD bernama Jonathan Cheban kelmarin diserang dengan bom tepung yang dilempar langsung ke wajahnya. Jonathan yang juga rakan dekat Kim tersebut sebelum ini memang telah mendapat ancaman dari sejumlah oknum.
Walaupun pelakunya tidak berjaya ditangkap, namun polis tidak ragu bahawa pelaku adalah die-hard fans Kris. Ini kerana, sebelum melemparkan bom tepung yang sempat membuat Jonathan gelagapan itu, pelaku sempat meneriakkan sesuatu yang secara tidak langsung telah membuka identitinya.


0 comments:
Post a Comment