Berita pernikahan artis Shandy Aulia dengan lelaki idamannya, David Herbowo, Isnin di Bali masih meninggalkan pertanyaan. Wartawan2 hiburan cuba menghubungi ibu Shandy, Elye Dopong untuk mendapatkan penjelasan maklumat tersebut. Namun Elye tidak menjawab telefon atau pun membalas SMS yang dikirimkan.
Kepastian bahawa keluarga Shandy berada di Bali didapatkan dari kakak prempuan Shandy yang sempat dihubung sebelum akhirnya terputus dan langsung tidak dapat dihubungi.
Pernikahan Shandy dikatakan sangat mendadak, setelah rasmi putus hubungan dengan Dave Laksono, anak pembesar RI Agung Laksono, yang juga terjadi secara mendadak.
Ketika diminta pengesahannya mengenai hal tersebut, kakaknya tidak mahu komen banyak. Dia hanya meminta doa restu dari masyarakat.


0 comments:
Post a Comment