it's about anything. too many to mention...

Wednesday, December 14, 2011

thalita latief hamil lapan minggu


Setelah rasmi menikah pada 9 Oktober 2011 lalu, berita bahagia muncul dari aktres Thalita Latief. Seperti yang dituturkan oleh suaminya, Dennis Lyla, pasangan tersebut sedang berbahagia kerana saat ini Thalita sedang hamil lapan minggu.

Ketika ditanya soal mengidam, Dennis belum boleh menjawab secara spesifik. Ini kerana, isterinya tersebut memakan sesuatu secara spontan. Ketika terlintas di fikirannya untuk makan salah satu jenis makanan, maka itulah yang akan dimakannya.

Walaupun kadang keinginan isterinya suka macam2, Dennis mengaku tidak keberatan menuruti kemahuan isterinya. Selama dia dapat memenuhi permintaan isterinya, maka dia akan turuti. Namun lain halnya, ketika dirinya sedang jauh dari isterinya, Thalita harus sedikit sabar menanti suaminya pulang.

0 comments: